Friday, 6 April 2012

Seni Penyembuhan Abad ini

”Reiki merupakan satu kaedah penyembuhan secara holistik yang menekankan aspek keseimbangan tahap kerohanian, emosi, minda dan tubuh fizikal ianya boleh digunapakai sebagai ikhtiar kepada semua permasalahan yang membelenggu seseorang. Datang dengan pelbagai teknik yang cukup hebat dan menarik, reiki sememangnya merupakan pilihan yang tepat. Ianya amat mudah dipraktikkan, tidak bercanggah dengan akidah Islam, malah ianya boleh dipelajari oleh setiap golongan serta lapisan masyarakat.”

Reiki dikatakan telah bertapak di Malaysia ini seawal tahun 90’an yang mana pada waktu itu ianya hanya diketahui oleh segelintir pengamal perubatan alternatif. Kini ia telah tumbuh seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Walaupun begitu, reiki di Malaysia ini masih lagi ’muda’ dan perlu diperkembangkan lagi.


Ilmu Energi


Reiki adalah ilmu yang membicarakan soal energi. Terdapat dua jenis energi yang ditekankan didalam Reiki iaitu Energi Alam dan Energi Dalaman. Pemahaman tentang kedua-dua jenis energi ini adalah amat penting dan saling memerlukan..


Energi Alam

Alam membekalkan kita dengan sumber energi yang tidak terhingga banyaknya. Ianya tersedia ada untuk dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukannya. Energi itu boleh didapati melalui udara, sinaran cahaya matahari, dan pemakanan. Energi alam ini tidak akan kehabisan. Energi alam inilah yang dimanfaatkan oleh pengamal Reiki sewaktu melakukan penyembuhan.




Cahaya matahari sebagai contohnya memberikan banyak manfaat ke atas tubuh badan manusia seperti menghasilkan vitamin D, mengurangi kolesterol dalam darah, penawar jangkitan dan pembunuh bakteria, menolong dalam membentuk dan memperbaiki tulang-tulang, juga meningkatkan antibodi.


Aura & Chakra

Bila membicarakan soal reiki, kita tidak lari dari membicarakan soal sistem tenaga hayat manusia yang melibatkan soal aura dan chakra. Untuk lebih memahaminya, aura dan chakra ini adalah sistem energi dalaman manusia, yang mana ianya merupakan titik tolak kepada segala hasil dari tindakan manusia. Seseorang itu akan menghadapi masalah samada isu fizikal atau psikologi jika terdapat kebocoran pada lapisan aura atau chakra mengalamai kerosakan dalam fungsinya selaku pusat energi manusia atau ’bateri manusia’. Dalam kes penyembuhan, pengamal reiki akan menggunakan energi alam untuk merawat kebocoran aura, chakra yang rosak dan menstabilkan kembali aliran energi didalam tubuh badan seseorang.

Kesan tempoh penyembuhan juga bergantung kepada tahap sesuatu masalah atau penyakit itu, jika ianya masih baru maka tempoh penyembuhan mungkin akan mengambil masa yang tidak terlalu lama untuk sembuh. Manakala jika masalah atau penyakit itu telah lama, maka tempoh penyembuhan akan mengambil masa yang lama.

Pemahaman tentang fungsi chakra ini juga merupakan kunci kepada sukses kerana setiap chakra ini mempunyai peranan yang tertentu dalam mempengaruhi aspek psikologikal seseorang. Seseorang yang bermasalah biasanya dikatakan memilikki chakra yang tidak bersih atau terdapat banyak hambatan energi (energy blockage) pada chakra itu.


Keunikan Reiki

Setiap ilmu mempunyai keunikkan yang tersendiri. Reiki tidak seperti ilmu ’minda super’, ’fikir positif’ dan lain-lain ilmu yang dilihat ’sepertinya’ kerana ilmu tersebut boleh dipelajari dari buku ataupun video cakera padat. Ianya adalah ilmu yang disampaikan. Ilmu tersebut mungkin bersifat fakta ataupun maklumat-maklumat sahaja. Ilmu seperti ini hanya memiliki satu elemen sahaja iaitu ILMU.

Berbeza dengan reiki yang mempunyai elemen kedua iaitu PENGIJAZAHAN REIKI. Keunikkan reiki terletak pada Pengijazahan Reiki yang akan dilakukan secara bertahap oleh seorang Master Reiki yang bertauliah. Dengan mendapatkan pengijazahan, barulah dikatakan menjadi pengamal reiki secara lengkap. Pendek kata mempelajari Reiki melalui buku sahaja tanpa kehadiran guru adalah proses yang tidak lengkap.


Salah Faham Tentang Pengijazahan Reiki

Ramai yang beranggapan setelah mendapat pengijazahan reiki, mereka akan secara otomatiknya akan dapat memahami 100% apa itu reiki. Ini adalah salah sama sekali. Untuk memahami Reiki, seseorang itu haruslah berguru dan mendapatkan ilmu yang secukupnya dari guru tersebut. Pengijazahan ini hanya bertujuan untuk menyeleraskan semula chakra dan hanya akan membantu didalam ’mempercepatkan proses pemahaman’ tersebut. Malah pengijazahan reiki juga bukanlah satu proses memasukkan sesuatu kedalam tubuh seperti mana yang disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak. Ianya merupakan proses PENYELARASAN CHAKRA.



Teknik Reiki

Reiki juga merupakan ilmu yang menyediakan teknik yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan penyembuhan. Teknik ini bertujuan untuk mengalirkan energi alam ke bahagian yang tepat. Terdapat 3 langkah yang mana 2 daripadanya adalah untuk mengalirkan energi manakala 1 untuk mengesan energi.



a) Mengalirkan Energi
  1. Teknik Hands On - Teknik ini digunakan bagi mengalirkan energi ke bahagian-bahagian tubuh (dalam terma penyembuhan) yang perlu di rawat. Teknik ini merupakan teknik sentuhan telapak tangan.
  2. Teknik Beaming - Teknik ini pula digunakan bagi mengalirkan secara pancaran ke bahagian tubuh badan yang tidak dapat disentuh, dan juga untuk penyembuhan jarak jauh.


b) Mengesan Energi

  1. Scannning - Teknik ini pula digunakan bagi mengesan punca permasalahan kepada sesuatu isu.

Ketiga-tiga teknik ini dapat diperkembangkan menjadi pelbagai teknik yang dapat digunakan untuk penyembuhan isu-isu tertentu seperti batu karang, sakit kepala, masalah tenaga batin, sembelit, masalah pernafasan, masalah buah pinggang, lemah sistem pertahanan badan, AIDS, kerasukan, gangguan makhluk halus, dan lain-lain.


Kegunaan Reiki Secara Menyeluruh

Kini reiki telahpun menjadi pilihan orang-orang yang sukses. Reiki dapat diaplikasikan untuk pelbagai perkara, bukan setakat penyembuhan tubuh sahaja, malah lebih dari itu. Reiki dapat digunakan secara menyeluruh. Ianya dapat digunakan ketika memasak, membersihkan makanan, membuat air penawar, membersihkan energi persekitaran rumah dan premis perniagaan, membantu melariskan perniagaan, membantu dalam merapatkan silaturahim yang terputus, membantu meningkatkan jatidiri serta keyakinan diri serta banyak lagi manfaatnya.







INFOLINE 012-2289 008

No comments:

Post a Comment