Monday 16 April 2012

AWAS!!!


PANAS!! PANAS!! PANAS!!!

Dewasa ini ramai motivator, jurulatih kursus & fasilitator menyelitkan TAJUK BIO-ENERGI, AURA & TARIKH LAHIR dalam sesi atau kursus-kursus mereka kerana ia antara sesi TARIKAN yang ramai peserta kursus suka. 

NAMUN BEGITU, HAKIKATNYA jurulatih kursus ini BUKANPUN PENGAMAL apa yang MEREKA AJAR. Ia mungkin SESI ‘copy & paste’ yang diceduk dari laman web, kursus-kursus lain atau sebagainya. Sungguh MENGAIBKAN bukan??!!

Kebanyakkan mereka ini ‘BERNIAGA’!! 

Ada juga yang menjaja kursus dengan MASUK TENDER BUAT KURSUS dengan JABATAN KERAJAAN, KOPERAT atau SWASTA. Menyediakan MODULE-MODULE kursus dengan TAJUK-TAJUK MENARIK. Perkataan 'TRANSFORMASI', JANA TENAGA, AURA KEKAYAAN, MAGNET REZEKI dan sebagainya menjadi 'UMPAN' untuk menarik perhatian penilai.

Bagi menampak kelainan dan ke’gah’an mereka, diselitkan aktiviti-aktiviti PERLATIHAN PSI-ENERGI seperti teknik kuasa minda, numerology, applied kinesiology, aura, chakra, warna, senaman CHI dan sebagainya. 

NAMUN HAKIKAT SEBENAR YANG PALING DALAM… mereka hanya ‘AHLI JUAL SEMINAR atau KURSUS’ untuk dapat ‘job’ dengan bayaran lumayan!! 

Dalam DUNIA REALITI, mereka bukanpun AHLI ATAU PENGAMAL dengan apa yang MEREKA ‘JUAL’kan tersebut. 

Bila ditanya apakah ‘PEKERJAAN’ mereka? 

Mereka ini penceramah.. BUKAN PENGAMAL!! 

Jika yang diajarnya MOTIVASI.. bolehlah dimaafkan.. namun JIKA YANG DIAJARNYA ILMU KESIHATAN BIO-ENERGI??!! Fikir-fikirkanlah sendiri… 

INIKAH ‘AGENDA’ NAK MEMANDAIKAN BANGSA??? 

Umpama Tukang kayu nak cerita pasal enjin kereta.. atau Pakar IT nak cerita pasal ILMU KESIHATAN BIO-ENERGI. Atau UMPAMA orang POLITIK nak JADI KONTRAKTOR!!!

Lebih malang lagi.. ada yang BELAJARPUN TAK HABIS, tapi dah mula MENGAJAR ORANG!! Semata-mata ‘dahagakan’ KEUNTUNGAN!!!

Belajarlah dari ahlinya… DARI PENGAMALNYA.. kerana itulah ‘kerja’nya yakni MENGAMAL bukan MENJUAL!!.

aduyai..!! PANAS!! PANAS!! sudah bercili-cili tapi masih tak pedas!!

5 comments:

  1. ini lah satu2nya kursus reiki yang cari makan dengan merendah2kan orang lain. orang yang benar2 bagus tak perlu mengutuk orang lain, tak perlu jadi macam katak bawah tempurung cuma kenal tempurung sendiri. dah pernah ikut semua kursus reiki orang lain? kalau tak pernah, elok jangan memandai mengata tanpa usul periksa. jangan takabbur dan ujub, rezeki tak berkat.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan. Maaf andai kata2 kami ini ada membuatkan sesetengah pihak tidak senang duduk. Tujuan kami mengeluarkan status tersebut pun kerana di malasysia ilmu reiki ini telah disalah tafsir oleh masyarakat. Ada yang memahami bahawa reiki ini untuk halau jin semata-mata. Kami di Malaysian Institute For Reiki seringkali menerima panggilan telefon drpada student guru lain yang bertanyakan bagaimana cara untuk membuat rawatan sedangkan apabila ditanya mereka rata-ratanya sudah pun menjadi reiki master. Adakah itu tidak cukup bukti untuk kami meluahkan rasa tidak puas hati sedangkan kami ini merupakan pengamal reiki. Jikalau tuan nak periksa sendiri kami berbesar hati menerima kedatangan tuan ke pusat rawatan kami di seksyen 9. Dan untuk pengetahuan tuan, apa yang ditulis ini sudah pun dibuat usul periksa. Kami merupakan pengamal di bawah didikan Dr. Mir Hazil Azran Ramli(Reiki Chapter Leader Malaysia). Jikalau tuan mempunyai soalan @ kemusykilan boleh hubungi saya di 012-2289 008. atau di facebook syarikat sendiri http://www.facebook.com/innergyquestbioconcept .Sekian.

    ReplyDelete
  3. Kan menarik jika ilmu yang benar di katakan sesat. sedangkan fahamkah anda apa itu reiki? reiki bukan di gunakan sebagai magnet wang. reiki bukan untuk memiliki minda yang positif. asal usul reiki dari Grandmaster Mikao Usui adalah untuk perubatan. adalah untuk menjakan kembali energy2 yang tersumbat yang manghalang kita untuk menjadi diri kita. adalah untuk menjadi seorang yang tawwaduk. jadi..kepada tuan hotaruchan, siapa yang menjual ilmu sebenarnya? adakah salah bila ingin menegakkan kebenaran?kalau nak kata khusus ni untuk cari makan, agak2 la sket. kami pengamal. bukan nak cari makan. yang nak cari makan adalah yang letak harga reiki sampai 30 40 ribu. 5 ribu untuk kelas pertama. tapi apabila bergelar reiki master, jangan cakap untuk berubat,untuk attune orang jadi master yang di ajar tahap 3 pun belum tentu dia tau. maaf sy berkasar. yer mmg saya berkasar. sila la siasat dulu sebelum nak suruh orang siasat. tuan suruh kami berguru dgn guru lain,tuan sendiri dah berguru dengan reiki chapter leader Dr. Mir Hazil ker?if belum,tuan amik kata2 tuan tu,letak depan cermin. sekian.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.... tuan hotaruchan... kalo kail panjang sejengkal... lautan dalam jangan berani di duga. saya dan sahabat2 saya selaku anak murid kepada Reiki chapter leader Malaysia terasa amat sedih dah marah kerana ilmu reiki ini telah disalahgunakan dan disalah tafsir oleh org2 yang mengaku dirinya "MASTER IN REIKI" (MIR). Adakah mereka rasa mereka semua tu layak membawa title itu??? dengan yakinnya saya berani mengatakan mereka semua xlayak nak pakai title tu... dah la belajar dengan guru yang membawa ajaran yang xlengkap lepas tu bangga meletakkan title MIR di hadapan nama masing2... sebelum nie sy cuma bersbr saja dengan karenah org yang tidak faham dengan intipati dan perjalanan ilmu reiki ini. tapi sekarang saya dan sahabat2 saya rasa sudah sampai masanya kami kena TERJAH untuk membetulkan keadaan ini. Sedangkan saya yang belajar dengan Reiki Chapter Leader Malaysia sendiri pn rasa tidak layak utk memakai title MIR ini walaupaun saya sudah bergelar master. Tuan Hotaruchan fikir tuan nie siapa nak cakap kepada saya dan sahabat2 saya yang kami nie cakap xserupa bikin, bercakap tanpa usul periksa, seperti katak di bawah tempurung sendiri, dan mcm2 lagi. Saya berani mengatakan begini kerana saya tahu saya dan sahabat2 saya adalah benar dan apa yang kami sampaikan ini adalah benar kerana kami adalah pengamal ilmu reiki yang jitu. Ilmu reiki adalah ilmu reiki dan ianya tidak boleh dicampuradukkan dengan benda lain... Ilmu reiki adalah adalah foundation atau asas... cuba kita bayangkan kalau asas itu sendiri telah dicampuraduk dan diputarbelitkan, kebenaran dan falsafah ilmu reiki itu akan hilang dan digantikan dengan benda yang mengarut... jikalau sahabat2 saya berlembut dengan tuan, let them be... tapi tidak dengan saya... saya rasa tuan lah katak yang duduk dibawah tempurung sendiri dan tidak boleh menerima pendapat orang lain. sekarang ni saya cadangkan tuan hotaruchan berdiri di depan cermin dan tanya pada diri tuan sendiri adakah ilmu reiki yang dipelajari oleh tuan adalah ilmu reiki yang pure ataupun ilmu reiki photostat?? sekiranya tuan dah dapat jawapan tu barula tuan layak untuk berdebat dengan saya dan sahabat2 saya. kalo tuan rasa xpuas hati bole la dtg ke centre kami di sek 9, so kita bole face to face dan berdebat... ini bukan ajakan kosong

    ReplyDelete
  5. Untuk tuan Badrul,

    Nampaknya tuan blog saja yang tahu berbudi bahasa. Untuk saya datang ke IQBC dan bertanya tentang Reiki di situ, tak perlu lah rasanya. Sebab bertahun-tahun dulu lagi saya dah sampai, dah ikut kelas Reiki dengan Dr. Hazil, hadir beberapa program di situ. Dah lama... Cukup la tu, dunia terlalu luas, usia terlalu singkat, banyak lagi tempat yang ingin saya pergi.


    Untuk tuan Afiq,

    Macam saya saya sebut di atas, saya dah datang berguru dengan Dr Hazil, maka kiranya saya dah pun meletak cermin di depan saya kan? Bagaimana tuan pula? Bila lagi nak berguru dengan master-master Reiki yang lain? Letak cermin di depan tuan Afiq, dan tanya diri sendiri, jika Tuan Afiq belum belajar dengan guru-guru lain, di mana hak tuan Afiq untuk mengatakan mereka tak betul? Soal yuran mahal itu tak penting, sebab memang hampir semua master Reiki yang pernah saya jumpa memang berniaga dengan kursus Reiki. Dari yang charge RM100 hinggalah yang berpuluh ribu. Lagipun harga di IQBC juga bukannya kategori murah. Letak harga mahal bukan jual ilmu, tapi jual khidmat, dan tidak ada salahnya. Saya sudah berguru lebih dari sepuluh master Reiki, dan dari setiap satu perguruan ada uniknya, ada kelebihannya. Maka tak perlu lah nak mengutuk dan menjatuhkan orang lain.


    Untuk tuan Zapril,

    Kail saya panjang sejengkal? Memang saya belum ikuti kursus Reiki tahap master, kerana memang saya tak mahu. Buat pengetahuan tuan Zapril yang kailnya mungkin panjang berpuluh batu, saya mengenali ilmu Ki/Chi/tenaga sejak tahun 1998 lagi. Saya master dalam Zetsu Ki dan Hatsu Ki. Saya menguasai Gyo Ki dan En Ki. Saya juga dah bertahun belajar/mengamalkan Rei Ki. Zetsu Ki + Hatsu Ki + Gyo Ki + En Ki + Reiki = kail saya panjang sejengkal. Bagaimana pula dengan tuan Zapril? Ilmu Ki itu bukan sekadar Rei Ki wahai tuan Zapril kail panjang... Ilmu tenaga itu maha luas. Biar saya uji sepanjang mana kail tuan Zapril. Dua langkah dari kolam ikan kecil di pejabat IQBC, bertahun-tahun dulu pernah saya letakkan Chi-ball dalam bentuk Zetsu Ki saya di situ. Jika tuan Zapril benar-benar hebat seperti yang tuan katakan, cari Chi-ball itu. Ingat, Chi-ball itu dibuat menggunakan teknik Zetsu Ki, maka scanning cara Rei Ki tak akan berkesan. Jika tuan berjaya jumpa di mana letaknya Chi-ball itu, tuan akan jumpa siapa dan di mana saya. baru kita berdebat. Jika tak jumpa, buka dada, belajarlah lagi sehingga kail tuan cukup panjang.

    Bercakap tentang asas, adakah tuan Zapril betul-betul kenal hakikat asas reiki? Jika saya minta tuan lukis rupa reiki (bukan rupa aura), mampukah tuan? Tahukah tuan ada perguruan reiki di Malaysia yang mengkaji reiki secara sains dan mampu menerangkan dengan jelas cara tenaga alam reiki menyembuhkan dsb? Teori fizik kuantum yang di ajar di situ bersandarkan kajian-kajian saintis-saintis kuantum fizik dunia, bukan sekadar meletakkan nama 'kuantum' tanpa faham apa itu kuantum. Dan itu adalah asas reiki, kerana ia mengajar mengenal reiki itu sendiri, bukan sekadar mengamalkan seolah-olah reiki itu sesuatu yang magis.


    Akhir kata,

    Komen saya yang pertama cuma sekadar menyeru supaya tuan-tuan di IQBC tidak merendah-rendahkan perguruan-perguruan orang lain, tak pernah saya mengatakan reiki Dr Hazil salah. Saya tak kata pun macam tu. Yang saya sebut, jangan jadi katak di bawah tempurung. Jangan mengata orang lain sebelum tuan-tuan sendiri secara peribadi pernah mengikuti kursus di tempat mereka. Jika ada murid perguruan lain ilmunya silap, adakah itu salah guru? Bagaimana dengan murid-murid Dr. Hazil yang reiki mereka juga terpesong? Bukankah itu salah mereka sendiri, dan bukan salah Dr. Hazil? Jika perguruan reiki harus dinilai dari kesemua murid, maka yakin saya katakan, semua reiki di Malaysia tak betul. Tapi guru-guru reiki yang pernah mengajar saya (termasuk Dr. Hazil), saya nilaikan bagus. Ada pengaruh Cina, ada yang mengikut India, ada yang ditawasufkan, ada yang disainskan, ada yang mengikut budaya Jepun, ada bersifat moden, ada macam-macam jenis. Kan cantik kalau semua saling bantu-membantu memajukan reiki?

    ReplyDelete