Showing posts with label Reiki Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Reiki Malaysia. Show all posts

Thursday, 19 April 2012

Sukatan Pelajaran Yang Disediakan


      Berikut disenaraikan sukatan pelajaran/ syllabus yang diajar di M.I.R bermula dari REIKI TAHAP 1 hingga tahap Master. Sukatan ini menggunakan sukatan pelajaran REIKI antarabangsa.

REIKI TAHAP 1 (RM760)

BAHAGIAN I
  • Pengenalan Kepada REIKI
  • Sejarah REIKI
  • Penggunaan REIKI
  • Maksud Penyembuhan
  • Tiga Peringkat Pengijazahan REIKI



BAHAGIAN II
  • Elemen-Elemen
  • Chakra
  • Tujuh Chakra Utama
  • Carta Rujukan Warna Chakra



REIKI BAHAGIAN III
  • Keperluan Dan Persiapan
  • Tujuan Attunement – Penyelarasan Tenaga Panduan Penyembuhan Diri – Self Healing Dua Puluh Satu (21) Hari Proses Pembersihan



REIKI TAHAP  2 (RM1200)

BAHAGIAN I
  • Pusat Tenaga / Chakra
  • Aura / Medan Elektromagnetik
  • Kundalini / Jaluran Tenaga Utama



BAHAGIAN II
  • SIMBOL REIKI
  • Simbol Pertama
  • Simbol Kedua
  • Simbol Ketiga



BAHAGIAN III
(ATTUNEMENT & SELF CLEANSING)
  • Keperluan Dan Persiapan
  • Tujuan Attunement
  • Persiapan Untuk Attunement
  • Semasa Proses Attunement
  • Selepas Proses Attunement
  • Pembersihan Fizikal
  • Latihan Pernafasan Harian
  • Panduan Penyembuhan Diri
  • Dua Puluh Satu Hari Proses Penyembuhan



BAHAGIAN IV
(MERAWAT AHLI KELUARGA, RAKAN DAN ORANG LAIN
Menggunakan REIKI)
  • Reiki Tidak Mendatangkan Kerosakkan
  • Tenaga Tidak Berkurang
  • Sesiapa Sahaja Boleh Belajar Reiki
  • Panduan Dan Tertib Penyembuhan
  • Persekitaran
  • Persediaan Untuk Rawatan
  • Proses Rawatan
  • Scanning (imbasan)


  
REIKI TAHAP LANJUTAN  3A - ADVANCE REIKI (RM1200)

BAHAGIAN I
  • Simbol Usui Master



BAHAGIAN II
(ATTUNEMENT & SELF CLEANSING)
  • Keperluan Dan Persiapan
  • Tujuan Attunement
  • Persiapan Untuk Attunement
  • Semasa Proses Attunement
  • Selepas Proses Attunement
  • Pembersihan Fizikal
  • Latihan Pernafasan Harian
  • Panduan Penyembuhan Diri
  • Dua Puluh Satu Hari Proses Penyembuhan



BAHAGIAN III
(MEDITASI REIKI DAN TEKNIK LANJUTAN)
  • Meditasi Reiki
  • Teknik Lanjutan
  • Pembedahan Psikik- Mengalihkan Energi Negatif



REIKI PERINGKAT MASTER 3B (RM1800)
  • Kelayakan & Syarat Untuk Reiki Master
  • Kod & Etika Umum
  • Kod & Etika Khusus
  • Tanggungjawab sebagai ‘Master’
  • Tanggungjawab Sebagai guru ‘Master’
  • Ciri-ciri dan panduan sebagai Pengajar
  • Simbol-simbol pada peringkat ‘Reiki Master’
  • Pengijazahan
  • Tujuan
  • Tatacara
  • Tertib
  • Teknik Pengijazahan Reiki 1
  • Teknik Pengijazahan Reiki 2
  • Teknik Pengijazahan Reiki 3A- Advance
  • Teknik Pengijazahan Master
  • Teknik Pengijazahan – Reiki for Healing
  • Teknik Pengijazahan – Jarak Jauh

* Mahal?? Sempena Promosi Tahun Naga ada diskaun untuk PAKEJ MASTERY

Tuesday, 17 April 2012

Dragin Rei-Qi Master


TERBUKA UNTUK SEMUA...

Dragon REI-QI MASTER 

Khas untuk MEI 2012! PERTAMA seumpamanya. Pertama kali diadakan!!

Seperti mana NUR REIKI SALAM - 'Dragon REI-QI MASTER' adalah Ijtihadi Dr Mir Hazil Azran Ramli. Ianya merupakan satu 'EXTENDED ENERGY CHANNELING' yang digarabkan dengan ATTUNEMENT REIKI untuk menghasilkan suatu YANG ISTIMEWA dan UNIK. Namun begitu, ianya HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA "TEMPOH-MASA" tertentu yakni di BULAN NAGA di TAHUN NAGA.

Terbuka untuk SEMUA..

Juga - TERBUKA UNTUK SEMUA YANG SUDAHPUN 'REIKI MASTER' dari M.I.R atau mana-mana perguruan Reiki*.

DAFTAR SEKARANG!!

INFO - 012 - 2289 008

Sunday, 15 April 2012

PROMOSI BULAN TA-NAGA: DR.MIR HAZIL AZRAN RAMLI

Reiki Diiktiraf Di Malaysia


Kini Reiki telah pun diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami di Malaysian Institute For Reiki (M.I.R) merupakan pengamal Reiki yang berdaftar. Maka, segala persoalan mengenai Reiki kami boleh bantu. Kami juge menyediakan perkhidmatan rawatan, consultancy, seminar dan workshop. Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di

012 - 2289 008

Saturday, 7 April 2012

APRIL – MEI : BULAN NAGA & BULAN REIKI

” Semua tahu yang 2012 adalah tahun NAGA. Namun tak semua tahu yang APRIL hingga MEI adalah bulan NAGA. Jika ADA tahunnya, sudah tentu ada BULAN dan HARINYA. Malah ADA ‘JAM’ nya.
NAGA, satu-satunya haiwan MITOS yang diangkat sebagai zodiak dalam KALENDAR CINA. Ia merupakan zodiak ke 5 dari 12 zodiak. Ini menjadikan TAHUNNAGA hanya akan muncul setiap 12 tahun sekali.
Namun begitu, NAGA laksana SIMBOL ENERGI luarbiasa kerana pada apa juga tahun zodiak yang muncul – NAGA AKAN HADIR mengimarahkan TAHUN BARU CINA. Ini jelas TERBUKTI dengan menyaksikan TARIAN NAGA yang ditarikan pada setiap PERAYAAN BESAR CINA. Malah IMEJ NAGA muncul dalam berbagai wadah menghiasi KEMERIAHAN APA SAHAJA PERAYAAN kaum Cina.
NAGA bukan hanya untuk ORANG CINA.
Jika ada yang mula terdetik di jiwa dan rasa JELIK dengan penulisan ini kerana membiacarakan soal NAGA, tolong TAHU bahawa NAGA MUNCUL DALAM BERBAGAI VERSI & WARNA PELBAGAI BANGSA & BUDAYA.”
Kini, IQBC ingin mengambil peluang untuk memakmurkan lagi BULAN NAGA ini dengan mengadakan workshop-workshop yang amat jarang sekali diadakan. Bermula dari bulan April..


HUBUNGI 012 - 2289 008

APRIL

APPLIED KINESIOLOGY
22 April 2012 (Ahad)
9 pagi – 5 petang
RM 560
Applied Kinesiology @ AK merupakan sebuah kaedah / teknik  untuk melakukan diagnosis kesihatan bagi mengesan penyakit,  menguji keserasian produk kesihatan / ubat, mengesan tahap  kejujuran (penguji bohong) dll. AK merupakan ‘tools’ pilihan ramai  para motivator & penjual produk kesihatan diluar sana. XKLUSIF kepada mereka yang ingin HEBAT!!

HUBUNGI 012 - 2289 008

QUANTUM SUKSES
28 April 2012 (Sabtu)
9 pagi – 5 petang
RM 360
Quantum Sukses merupakan sebuah workshop yang akan membawa peserta ke satu dimensi baru mengenai proses TRANSFORMASI DIRI di mana peserta akan didedahkan dengan teori-teori sukses yang amatjarang sekali didapati di luar sana seperti Quantum Qalbu, Teknologi Insani, Positive Feeling, dll.  Malah, peserta juga akan dibekalkan dengan teknik POWER yang juga merupakan ‘tools’ yang efisyen untuk digunakan pada setiap hari. Teknik ini dikenali sebagai R’ESQ 56.
HUBUNGI 012 - 2289 008
SEXUAL KUNG FU
29 April 2012 (Ahad)
9 pagi – 5 petang
RM 360
Sexual Kung Fu merupakan sebuah MODUL yang dicipta hasil gabungan beberapa kaedah senaman tuo, senaman kuno serta berdasarkan teori Fassafah Tenaga. Modul ini meliputi senaman chi ( nafas ), jing ( tubuh ) & shen ( minda ) dan turut memiliki penyelarasan tenaga ( attunement ) yang dikenali sebagai
Channeling. Terdapat 4 Channeling kesemuanya. Sasaran modul senaman ini adalah Kebahagiaan Rumahtangga, Kesihatan yang Stabil & Pengukuhan Keyakinan Diri. Buat PERTAMA kalinya diadakan Workshop 1 hari (sebelum ini kelas selama 12 bulan).
Video Sexual Kung Fu


HUBUNGI 012 - 2289 008
Ahaaa.. di atas adalah cerita bulan April, sekarang ini cerita bulan Mei pula
BULAN REIKI

MEI

REIKI TAHAP 1
5 & 6 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
9 pagi – 5 petang
REIKI TAHAP 2
12 & 13 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
10 pagi – 6 petang
REIKI TAHAP 3a (Lanjutan)
19 & 20 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
10 pagi – 6 petang
REIKI TAHAP 3b (Master)
26 & 27 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
10 pagi – 6 petang
Buat pertama kalinya, buat sekian kalinya, HANYA setiap 12 tahun, Hanya pada bulan MEI ini, seseorang itu boleh menjadi Reiki Master dalam tempoh masa kurang dari 30 hari.  Workshop Reiki yang kami adakan pada bulan Mei ini nanti bukanlah seperti workshop ekpres di luar sana. Kami masih mengekalkan jarak tempoh cuma tempoh itu dimampatkan lagi agar ianya menjadi PADU.
PLUS!! TAMBAH NILAI ENERGI!!
Dragon Chi Attunement
Faedah & Keistimewaan :
  1. Melancarkan aliran Energi khususnya di kawasan Dantien (zon Sacral Chakra)
  2. Meningkatkan keintiman Sexual (lelaki & wanita)
  3. Channeling Meridian. Terdapat beberapa Meridian Utama yang akan diaktifkan. [Meridian juga dikenali sebagai 'titik akupuntur'. Ianya merupakan jaluran energi]
  4. Attunement ini hanya diadakan pada setiap 12 tahun sekali.



Bulan-bulan yang padat dengan Ilmu-ilmu yang mampu menjerumuskan anda kepada Sukses, yang mampu menterjebakkan anda dengan dunia Sukses. Ini bukan sebarang jebakan, ianya jebakan yang amat jarang sekali diadakan.
Sejak dari 2003, Kami masih lagi mengekalkan KEASLIAN dan KETULENAN Reiki. Kenali kami dari video Tv Al-Hijrah ini.
Hubungi :
012-2289008 (Master ZAM)



Friday, 6 April 2012

Seni Penyembuhan Abad ini

”Reiki merupakan satu kaedah penyembuhan secara holistik yang menekankan aspek keseimbangan tahap kerohanian, emosi, minda dan tubuh fizikal ianya boleh digunapakai sebagai ikhtiar kepada semua permasalahan yang membelenggu seseorang. Datang dengan pelbagai teknik yang cukup hebat dan menarik, reiki sememangnya merupakan pilihan yang tepat. Ianya amat mudah dipraktikkan, tidak bercanggah dengan akidah Islam, malah ianya boleh dipelajari oleh setiap golongan serta lapisan masyarakat.”

Reiki dikatakan telah bertapak di Malaysia ini seawal tahun 90’an yang mana pada waktu itu ianya hanya diketahui oleh segelintir pengamal perubatan alternatif. Kini ia telah tumbuh seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Walaupun begitu, reiki di Malaysia ini masih lagi ’muda’ dan perlu diperkembangkan lagi.


Ilmu Energi


Reiki adalah ilmu yang membicarakan soal energi. Terdapat dua jenis energi yang ditekankan didalam Reiki iaitu Energi Alam dan Energi Dalaman. Pemahaman tentang kedua-dua jenis energi ini adalah amat penting dan saling memerlukan..


Energi Alam

Alam membekalkan kita dengan sumber energi yang tidak terhingga banyaknya. Ianya tersedia ada untuk dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukannya. Energi itu boleh didapati melalui udara, sinaran cahaya matahari, dan pemakanan. Energi alam ini tidak akan kehabisan. Energi alam inilah yang dimanfaatkan oleh pengamal Reiki sewaktu melakukan penyembuhan.




Cahaya matahari sebagai contohnya memberikan banyak manfaat ke atas tubuh badan manusia seperti menghasilkan vitamin D, mengurangi kolesterol dalam darah, penawar jangkitan dan pembunuh bakteria, menolong dalam membentuk dan memperbaiki tulang-tulang, juga meningkatkan antibodi.


Aura & Chakra

Bila membicarakan soal reiki, kita tidak lari dari membicarakan soal sistem tenaga hayat manusia yang melibatkan soal aura dan chakra. Untuk lebih memahaminya, aura dan chakra ini adalah sistem energi dalaman manusia, yang mana ianya merupakan titik tolak kepada segala hasil dari tindakan manusia. Seseorang itu akan menghadapi masalah samada isu fizikal atau psikologi jika terdapat kebocoran pada lapisan aura atau chakra mengalamai kerosakan dalam fungsinya selaku pusat energi manusia atau ’bateri manusia’. Dalam kes penyembuhan, pengamal reiki akan menggunakan energi alam untuk merawat kebocoran aura, chakra yang rosak dan menstabilkan kembali aliran energi didalam tubuh badan seseorang.

Kesan tempoh penyembuhan juga bergantung kepada tahap sesuatu masalah atau penyakit itu, jika ianya masih baru maka tempoh penyembuhan mungkin akan mengambil masa yang tidak terlalu lama untuk sembuh. Manakala jika masalah atau penyakit itu telah lama, maka tempoh penyembuhan akan mengambil masa yang lama.

Pemahaman tentang fungsi chakra ini juga merupakan kunci kepada sukses kerana setiap chakra ini mempunyai peranan yang tertentu dalam mempengaruhi aspek psikologikal seseorang. Seseorang yang bermasalah biasanya dikatakan memilikki chakra yang tidak bersih atau terdapat banyak hambatan energi (energy blockage) pada chakra itu.


Keunikan Reiki

Setiap ilmu mempunyai keunikkan yang tersendiri. Reiki tidak seperti ilmu ’minda super’, ’fikir positif’ dan lain-lain ilmu yang dilihat ’sepertinya’ kerana ilmu tersebut boleh dipelajari dari buku ataupun video cakera padat. Ianya adalah ilmu yang disampaikan. Ilmu tersebut mungkin bersifat fakta ataupun maklumat-maklumat sahaja. Ilmu seperti ini hanya memiliki satu elemen sahaja iaitu ILMU.

Berbeza dengan reiki yang mempunyai elemen kedua iaitu PENGIJAZAHAN REIKI. Keunikkan reiki terletak pada Pengijazahan Reiki yang akan dilakukan secara bertahap oleh seorang Master Reiki yang bertauliah. Dengan mendapatkan pengijazahan, barulah dikatakan menjadi pengamal reiki secara lengkap. Pendek kata mempelajari Reiki melalui buku sahaja tanpa kehadiran guru adalah proses yang tidak lengkap.


Salah Faham Tentang Pengijazahan Reiki

Ramai yang beranggapan setelah mendapat pengijazahan reiki, mereka akan secara otomatiknya akan dapat memahami 100% apa itu reiki. Ini adalah salah sama sekali. Untuk memahami Reiki, seseorang itu haruslah berguru dan mendapatkan ilmu yang secukupnya dari guru tersebut. Pengijazahan ini hanya bertujuan untuk menyeleraskan semula chakra dan hanya akan membantu didalam ’mempercepatkan proses pemahaman’ tersebut. Malah pengijazahan reiki juga bukanlah satu proses memasukkan sesuatu kedalam tubuh seperti mana yang disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak. Ianya merupakan proses PENYELARASAN CHAKRA.



Teknik Reiki

Reiki juga merupakan ilmu yang menyediakan teknik yang dapat digunakan untuk pelbagai tujuan penyembuhan. Teknik ini bertujuan untuk mengalirkan energi alam ke bahagian yang tepat. Terdapat 3 langkah yang mana 2 daripadanya adalah untuk mengalirkan energi manakala 1 untuk mengesan energi.



a) Mengalirkan Energi
  1. Teknik Hands On - Teknik ini digunakan bagi mengalirkan energi ke bahagian-bahagian tubuh (dalam terma penyembuhan) yang perlu di rawat. Teknik ini merupakan teknik sentuhan telapak tangan.
  2. Teknik Beaming - Teknik ini pula digunakan bagi mengalirkan secara pancaran ke bahagian tubuh badan yang tidak dapat disentuh, dan juga untuk penyembuhan jarak jauh.


b) Mengesan Energi

  1. Scannning - Teknik ini pula digunakan bagi mengesan punca permasalahan kepada sesuatu isu.

Ketiga-tiga teknik ini dapat diperkembangkan menjadi pelbagai teknik yang dapat digunakan untuk penyembuhan isu-isu tertentu seperti batu karang, sakit kepala, masalah tenaga batin, sembelit, masalah pernafasan, masalah buah pinggang, lemah sistem pertahanan badan, AIDS, kerasukan, gangguan makhluk halus, dan lain-lain.


Kegunaan Reiki Secara Menyeluruh

Kini reiki telahpun menjadi pilihan orang-orang yang sukses. Reiki dapat diaplikasikan untuk pelbagai perkara, bukan setakat penyembuhan tubuh sahaja, malah lebih dari itu. Reiki dapat digunakan secara menyeluruh. Ianya dapat digunakan ketika memasak, membersihkan makanan, membuat air penawar, membersihkan energi persekitaran rumah dan premis perniagaan, membantu melariskan perniagaan, membantu dalam merapatkan silaturahim yang terputus, membantu meningkatkan jatidiri serta keyakinan diri serta banyak lagi manfaatnya.







INFOLINE 012-2289 008

REIKI Seni UPGRADE DIRI

Di sebalik teknik yang terperinci, ianya juga merupakan sebuah seni penyembuhan atau seni upgradediri yang halus dan 'power'. Ianya di cari oleh mereka yang oleh mereka yang ingin mendapatkan pencerahan, mereka yang meminati ilmu-ilmu hikmah, mereka yang ingin merawat diri, mereka yang ingin berubah, dan tidak ketinggalan juga mereka yang ingin 'cepat kaya'.

Dalam 4 golongan ini, golongan yang terakhir ini adalah golongan yang akan sentiasa menjadi mangsa penipuan (penipuan didalam dunia Reiki juga telah banyak, dan ini sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada kami di dalam usaha untuk memperkenalkan keunikan serta faedah Reiki yang sebenarnya bukan berada di tingkat rendah nafsu kebendaan) golongan-golongan 'Reiki Duit'.

Dan perjalanan golongan keempat ini akan menjadi 'agak' jauh dari pengertian UNIVERSAL ENERGYdan berkemungkinan besar pula akan mengatakan "reiki ini tipu".. 

Sebenarnya, Reiki boleh menjadikan pengamal itu kaya, dan kaya yang saya maksudkan di sini lebih jauh 'nikmatnya' berbanding kaya duit, iaitu kaya secara menyeluruh seperti kehidupan yang tenang, rezeki keliling pinggang, kesihatan yang stabil serta berupaya pula memanfaatkan energi alam yang telah disediakan oleh Tuhan untuk sekelian makhluk-Nya.

Di ikat oleh 5 prinsip yang sememangnya menjamin stabilan energi, pengamal reiki yang sejati mampu untuk menjadi apa sahaja yang dihajati, mampu untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi kerana dari penghayatan kepada 5 prinsip ini akan terbit satu kesedaran (awareness) yang utuh yakni = Segalanya adalah dari Allah s.w.t

Kesedaran itu dapat dibangunkan melalui Reiki. Ini kerana setiap teknik-teknik penyembuhan memerlukan pengamalnya untuk benar-benar pasrah dalam usaha melakukan rawatan. Di sini pengamal akan mempelajari cara untuk mengenali dan mengawal kerisauan yang ada di dalam diri.

Risau merupakan hal psikologi yang turut melibatkan tubuh fizikal. Cuba perhatikan takala ketika kita berasa risau, bahagian tubuh manakah yang akan bergetar? Pada perut dan pada dada. Kerisauan akan mengganggu aliran energi dalaman. Ini tidak bagus untuk pengamal hatta untuk setiap manusia sekalipun kerana jika kerap berasa risau, tubuh akan mudah diserang penyakit.

Antara praktikal-praktikal pengamal Reiki selain dari penyembuhan adalah peningkatan energi diri sendiri. Peningkatan ini berlaku secara holistik iaitu menyeluruh, bukan setakat satu atau dua chakra sahaja, bukan setakat aspek fizikal atau minda sahaja, ianya pada semua aspek peningkatan tahap energi pada 7 chakra dan pada 4 aspek seperti rohani, emosi, minda dan tubuh (boleh juga dikatakan sebagai rohani dan jasmani).

Di dalam proses 'upgrade' ini, berlaku pelbagai pengalaman-pengalaman yang amat peribadi dan sukar untuk dikongsikan kepada umum. Sebagai contohnya pengalaman '3 clair' seperti clairvoyant, clairaudience dan clairsentience. Walaupun tidak secara total, pengalaman dari satu atau dua dari tigaclair ini akan dapat dirasai. Akan tetapi perkara ini bukanlah matlamat utama, ia hanya menunjukkan bahawa aliran energi pada sistem chakra dan sistem kundalini sedang berlaku dan proses pembersihan atau pemurnian ini berlaku dengan sangat efisyen sekali.

Upgrade diri ini bukanlah sesuatu perkara yang mustahil atau karut, ianya boleh berlaku dalam keadaan yang amat realistik. Apa yang diperlukan hanyalah sikap pasrah di dalam memberi dan keterbukaan di dalam menerima.