Showing posts with label Applied Kinesiology Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Applied Kinesiology Malaysia. Show all posts

Monday, 16 April 2012

AWAS!!!


PANAS!! PANAS!! PANAS!!!

Dewasa ini ramai motivator, jurulatih kursus & fasilitator menyelitkan TAJUK BIO-ENERGI, AURA & TARIKH LAHIR dalam sesi atau kursus-kursus mereka kerana ia antara sesi TARIKAN yang ramai peserta kursus suka. 

NAMUN BEGITU, HAKIKATNYA jurulatih kursus ini BUKANPUN PENGAMAL apa yang MEREKA AJAR. Ia mungkin SESI ‘copy & paste’ yang diceduk dari laman web, kursus-kursus lain atau sebagainya. Sungguh MENGAIBKAN bukan??!!

Kebanyakkan mereka ini ‘BERNIAGA’!! 

Ada juga yang menjaja kursus dengan MASUK TENDER BUAT KURSUS dengan JABATAN KERAJAAN, KOPERAT atau SWASTA. Menyediakan MODULE-MODULE kursus dengan TAJUK-TAJUK MENARIK. Perkataan 'TRANSFORMASI', JANA TENAGA, AURA KEKAYAAN, MAGNET REZEKI dan sebagainya menjadi 'UMPAN' untuk menarik perhatian penilai.

Bagi menampak kelainan dan ke’gah’an mereka, diselitkan aktiviti-aktiviti PERLATIHAN PSI-ENERGI seperti teknik kuasa minda, numerology, applied kinesiology, aura, chakra, warna, senaman CHI dan sebagainya. 

NAMUN HAKIKAT SEBENAR YANG PALING DALAM… mereka hanya ‘AHLI JUAL SEMINAR atau KURSUS’ untuk dapat ‘job’ dengan bayaran lumayan!! 

Dalam DUNIA REALITI, mereka bukanpun AHLI ATAU PENGAMAL dengan apa yang MEREKA ‘JUAL’kan tersebut. 

Bila ditanya apakah ‘PEKERJAAN’ mereka? 

Mereka ini penceramah.. BUKAN PENGAMAL!! 

Jika yang diajarnya MOTIVASI.. bolehlah dimaafkan.. namun JIKA YANG DIAJARNYA ILMU KESIHATAN BIO-ENERGI??!! Fikir-fikirkanlah sendiri… 

INIKAH ‘AGENDA’ NAK MEMANDAIKAN BANGSA??? 

Umpama Tukang kayu nak cerita pasal enjin kereta.. atau Pakar IT nak cerita pasal ILMU KESIHATAN BIO-ENERGI. Atau UMPAMA orang POLITIK nak JADI KONTRAKTOR!!!

Lebih malang lagi.. ada yang BELAJARPUN TAK HABIS, tapi dah mula MENGAJAR ORANG!! Semata-mata ‘dahagakan’ KEUNTUNGAN!!!

Belajarlah dari ahlinya… DARI PENGAMALNYA.. kerana itulah ‘kerja’nya yakni MENGAMAL bukan MENJUAL!!.

aduyai..!! PANAS!! PANAS!! sudah bercili-cili tapi masih tak pedas!!

Sunday, 8 April 2012

Workshop Applied Kinesiology


Workshop AK di M.I.R? 

Pada 22 April 2012 ini kami akan mengadakan Workshop Applied Kinesiology (AK) setelah sekian lama ianya tidak diadakan. Akhir sekali ianya diadakan pada tahun 2009. Workshop AK ini merupakan Workshop KHAS Juruterapi Reiki Bio-Energi yang sebelum ini tidak dibuka kepada orang ramai. Kini, ianya telah bersedia untuk menjadi UMUM. 

 Apa itu Applied Kinesiology (AK)? 

Applied Kinesiology (AK) adalah satu bentuk diagnosis yang menggunakan ujian otot sebagai mechanisma maklum balas utama untuk memeriksa bagaimana badan seseorang itu berfungsi. Hasil diagnosis AK akan menentukan bentuk Terapi Terbaik bagi klien. Oleh kerana AK mempunyai bersama unsur-unsur teras terapi pelengkap (komplementari), ia menyediakan satu pendekatan antara disiplin kepada penjagaan kesihatan. 

Secara umum, Pengamal (Applied Kinesiologist) akan menguji otot yang lemah dan kemudian cuba untuk menentukan mengapa otot tersebut tidak berfungsi dengan baik. Pengamal kemudiannya akan menilai dan menggunakan terapi yang terbaik untuk merawat otot yang lemah dan membantu pesakit. Terapi Terbaik yang boleh digunakan digunakan adalah termasuk Terapi Reiki, pelbagai Terapi Myofascial, Terapi Meridian, pemakanan ubatan klinikal, pengurusan makanan dan pelbagai prosedur refleks. Dalam beberapa kes, Pengamal (Applied Kinesiologist) boleh menguji sensitiviti alam sekitar atau makanan dengan menggunakan otot yang sebelum ini kuat untuk mencari apa yang melemahkannya.

Tonton video di bawah ini untuk pencerahan..


HUBUNGI SEKARANG 012 - 2289 008