About Me

ABOUT LORD PROTECTOR



NAMA SEBENAR : BADRULZAMAN @ LORD PROTECTOR

Merupakan seorang yang sangat meminati dunia kesihatan tradisional kerana kaedah tradisional lebih selamat bagi pendapat peribadi saya sendiri. Merupakan salah seorang Dragon Rei-Qi Master, Applied Kinesiologist, Perunding Aura, dan Numerologis , dibawah kelolaan Reiki Chapter Leader, Malaysia - Dr. Mir Hazil Azran Ramli. Juga merupakan anak murid yang menerima didikan dari Dr. Mir Hazil Azran Ramli.

Kini setelah menjumpai REIKI, semakin banyak ilmu yang dipelajari dan diamalkan. Secara tidak langsung menjadi seorang pengamal Reiki.

Merupakan seorang yang periang, mudah berkawan dan tegas apabila melibatkan bab menyiapkan sesuatu tasking. Amat meminati dunia paranormal. Sukakan kaedah perbincangan untuk menyelesaikan masalah. Berpegang pada prinsip 'Wish What You Want Without Any Hesitation'. 



Jikalau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bidang-bidang yang saya ceburi boleh hubungi saya di 012 - 2289008 (Master Zam)
Apa itu Lord Protector??

Nama ini diambil diatas sebab-sebab yang tertentu. Ini membawa maksud untuk 'Melindungi Ilmu'. Mengapa? Apa Maksudnya? Nama ini merupakan dari 1 sejarah di sebuah negara dimana pada ketika itu, negara tersebut berada di dalam keadaan yang kucar-kacir, tidak terurus, dan banyak masalah. Pada suatu masa kemudian, seseorang yang bergelar 'Lord Protector' muncul dengan tujuan untuk memperbaiki keadaan di dalam negara tersebut. Dan akhirnya dia berjaya melakukannya.

Disini pula, nama ini digunakan bertujuan untuk menjaga kembali kesucian ilmu-ilmu yang telah disalah guna seperti Applied Kinesiology dimana hanya digunakan untuk menjual barang dan bukan untuk kesihatan. Ilmu Reiki juga menjadi mangsa apabila dikatakan ilmu untuk menjadi magnet wang. Dalam dunia tiada magnet wang tanpa sebarang usaha. Magnet wang adalah usaha yang berterusan tanpa mengalah. Inilah antara sebab mengapa nama ini digunakan.

No comments:

Post a Comment